Wednesday, July 15, 2009

SELAMAT DATANG KE MAJU RENAJ

Bidang perniagaan berasaskan pertanian ataupun dikenali kini dengan Industri Asas Tani merupakan sebuah bidang yang mempunyai prospek permintaan, pasaran dan keuntungan yang memberangsangkan. Melihat kepada situasi ini, Maju Renaj mengambil langkah proaktif dengan melibatkan diri dalam bidang ini secara Industri Kecil dan Sederhana(IKS) dengan mengeluarkan produk berasaskan makanan iaitu Jelly Kelapa Muda. Produk makanan sentiasa mempunyai permintaan di mana-mana sahaja dan ia sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Oleh itu, Maju Renaj memilih untuk menghasilkan serta memasarkan Jelly Kelapa Muda yang merupakan produk makanan berasaskan sumber pertanian berlandaskan iltizam produk Jelly Kelapa Muda keluaran kami mempunyai kelainan, variasi dan keistimewaan rasanya yang tersendiri berbanding produk-produk lain di pasaran kini. Sesungguhnya produk bermutu Bumiputera ini amat mementingkan aspek "Kebersihan, Kualiti dan Rasa". Maju Renaj mempunyai Misi dan Visi yang jelas untuk memperbesarkan dan memperluasakan pasaran Produk Jelly Kelapa Muda ini.

No comments:

Post a Comment