Wednesday, July 15, 2009

JELLY KELAPA MUDA ASLI!!

Produk Jelly Kelapa Muda Asli keluaran Maju Renaj amat mementingkan kualiti rasa kelapa muda itu kekal dalam produk ini. Bagi memastikan rasa itu kekal asli, kelapa muda yang berkualiti sahaja yang dipilih dan tiada bahan pengawet mahupun perasa tiruan dimasukkan dalam produk Jelly Kelapa Muda ini. Kini Maju Renaj memasarkan produk ini di kawasan Premis Perniagaan Makanan di sekitar Bandar Baru Nilai, Institusi Pengajian Tinggi dan Kompleks Kerajaan. Selain itu produk ini mendapat permintaan yang tinggi dari Pihak Hotel seperti Pan Pacific KLIA dan Perkhidmatan Catering bagi dijadikan salah satu menu sampingan dalam majlis yang mereka anjurkan seperti Perkahwinan, Jamuan dan Keraian. Permintaan bagi produk ini bukan sahaja datang dari para pelanggan di N. Sembilan sahaja, malah dari Melaka, Selangor, Perak dan Johor Bharu. Bagi menambah nilai produk ini, pihak Maju Renaj sentiasa mengikuti kursus mahupun program anjuran Agensi Kerajaan yang berkaitan seperti MARDI dan FAMA sehinggalah ke saat ini.Jelly Kelapa Muda ini dipasarkan dalam dua pakej iaitu:
1.Saiz Cup Biasa (Regular) = RM 1.20
2.Saiz Cup Kecil (Small) = RM 0.60



*Sebarang tempahan mahupun berminat menjadi Agen Pemasaran, sila hubungi Puan Siti Norlila di talian 019-2451928 atau 019-6190903

No comments:

Post a Comment