Tuesday, February 22, 2011

SATE WARISAN KOTA


Sate Warisan Kota keluaran Maju Renaj telah di beri kepercayaan oleh Kementerian Pertanian untuk di jadikan sebagai salah satu Makanan Popular Malaysia yang menjadi hidangan ribuan pengujung ke Pameran Ekspo Antarabangsa MAHA 2010 bertempat di Serdang. Sambutan yang di berikan oleh para pengunjung ke booth Maju Renaj bagi menikmati kelazatan dankepelbagaian Sate Warisan Kota sungguh di luar jangkaan dan respon yang di berikan amat positif

Sate Warisan Kota menyajikan rasa sate tradisi

Sebahagian pelanggan yang menanti sabar untuk menikmat
Sate Warisan Kota di Bandar Baru Nilai

Wednesday, July 15, 2009

JELLY KELAPA MUDA ASLI!!

Produk Jelly Kelapa Muda Asli keluaran Maju Renaj amat mementingkan kualiti rasa kelapa muda itu kekal dalam produk ini. Bagi memastikan rasa itu kekal asli, kelapa muda yang berkualiti sahaja yang dipilih dan tiada bahan pengawet mahupun perasa tiruan dimasukkan dalam produk Jelly Kelapa Muda ini. Kini Maju Renaj memasarkan produk ini di kawasan Premis Perniagaan Makanan di sekitar Bandar Baru Nilai, Institusi Pengajian Tinggi dan Kompleks Kerajaan. Selain itu produk ini mendapat permintaan yang tinggi dari Pihak Hotel seperti Pan Pacific KLIA dan Perkhidmatan Catering bagi dijadikan salah satu menu sampingan dalam majlis yang mereka anjurkan seperti Perkahwinan, Jamuan dan Keraian. Permintaan bagi produk ini bukan sahaja datang dari para pelanggan di N. Sembilan sahaja, malah dari Melaka, Selangor, Perak dan Johor Bharu. Bagi menambah nilai produk ini, pihak Maju Renaj sentiasa mengikuti kursus mahupun program anjuran Agensi Kerajaan yang berkaitan seperti MARDI dan FAMA sehinggalah ke saat ini.Jelly Kelapa Muda ini dipasarkan dalam dua pakej iaitu:
1.Saiz Cup Biasa (Regular) = RM 1.20
2.Saiz Cup Kecil (Small) = RM 0.60



*Sebarang tempahan mahupun berminat menjadi Agen Pemasaran, sila hubungi Puan Siti Norlila di talian 019-2451928 atau 019-6190903

SELAMAT DATANG KE MAJU RENAJ

Bidang perniagaan berasaskan pertanian ataupun dikenali kini dengan Industri Asas Tani merupakan sebuah bidang yang mempunyai prospek permintaan, pasaran dan keuntungan yang memberangsangkan. Melihat kepada situasi ini, Maju Renaj mengambil langkah proaktif dengan melibatkan diri dalam bidang ini secara Industri Kecil dan Sederhana(IKS) dengan mengeluarkan produk berasaskan makanan iaitu Jelly Kelapa Muda. Produk makanan sentiasa mempunyai permintaan di mana-mana sahaja dan ia sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Oleh itu, Maju Renaj memilih untuk menghasilkan serta memasarkan Jelly Kelapa Muda yang merupakan produk makanan berasaskan sumber pertanian berlandaskan iltizam produk Jelly Kelapa Muda keluaran kami mempunyai kelainan, variasi dan keistimewaan rasanya yang tersendiri berbanding produk-produk lain di pasaran kini. Sesungguhnya produk bermutu Bumiputera ini amat mementingkan aspek "Kebersihan, Kualiti dan Rasa". Maju Renaj mempunyai Misi dan Visi yang jelas untuk memperbesarkan dan memperluasakan pasaran Produk Jelly Kelapa Muda ini.